Laksana 'PKP' terhadap babi kawal wabak ASF
Iklan
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mencadangkan supaya satu langkah pengawalan umpama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwujudkan terhadap ternakan babi sebagai langkah mengawal wabak Demam Babi Afrika (ASF) yang melanda industri haiwan itu.
Beliau yang juga jurucakap Hal Ehwal Pertanian Parlimen PKR mencadangkan empat lagi strategi iaitu melibatkan pendekatan seluruh jentera kerajaan, meningkatkan biosekuriti ladang, pemberian pampasan kepada penternak terkesan dan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi usaha memusnahkan babi dijangkiti ASF.