Pemandu maut treler terbabas masuk parit, langgar tembok

Iklan
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas treler dipandunya terbabas ke dalam parit dan melanggar tembok bengkel kereta di Jalan Kapar Batu 15 pada Khamis.

KUALA SELANGOR - Seorang pemandu treler maut apabila kenderaan dipandunya terbabas ke dalam parit dan melanggar tembok bengkel kereta di Jalan Kapar Batu 15 di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.59 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan membabitkan pemandu treler berusia 50 tahun akibat terbabas ke dalam parit dan melanggar tembok bengkel kereta.

Iklan

"Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Norazam berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pasukannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.