Tuah pacu kemenangan Manchester United di Brentford

Iklan
Rashford diasak pemain Brentford dalam aksi liga di Stadium Komuniti Brentford.

TUAH mengiringi gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United ketika menjinakkan Brentford 3-1 dalam perlawanan liga di Stadium Komuniti Brentford setelah The Bees gagal menterjemahkan tindakan penyudah.

Tiga mata hasil ledakan tiga gol pada babak kedua secara tidak langsung mencerahkan kembali peluang The Red Devils untuk menamatkan saingan di empat teratas liga.

Iklan
Iklan

Kemenangan United pada awal perlawanan seakan samar apabila tuan rumah mendominasi separuh masa pertama.

Namun pelawat bermain secara klinikal selepas rehat dengan jaringan Anthony Elanga, Mason Greenwood dan Marcus Rashford memastikan kemenangan membanggakan.

Iklan

Brentford seharusnya selesa mendahului pada babak pertama tetapi mempersiakan deretan peluang dan terpaksa membayar harga mahal apabila Elanga meletakan United di depan pada minit ke-55.

Greenwood kemudian menambah derita tuan rumah hasil serangan balas tujuh minit kemudian sebelum pemain gantian, Rashford merembat masuk gol ketiga pada minit ke-77 untuk selesa tiga gol di depan.

Iklan

The Bees yang tidak berputus asa mengurangkan defisit menerusi Ivan Toney ketika perlawanan berbaki lima minit sekali gus melengkapkan kekalahan ketiga berturut-turut.

Keputusan itu menyaksikan United kekal di tempat ketujuh dengan 35 mata sama dengan Arsenal di tangga keenam dan hanya dua di belakang West Ham United yang menduduki tempat keempat manakala rentford berada di tempat ke-14.

KEPUTUSAN

Brentford 1-3 Manchester United

Elanga 55'

Greenwood 62'

Rashford 77'

Toney 85'

Leicester City 2-3 Tottenham Hotspur

Daka 24'

Kane 38'

Maddison 76'

Bergwijn 95', 97'