Limau Tahun Baru Cina

Iklan
Pekerja Summerville Nursery & Landscape, Ng Qian Thong sedang mengangkat pokok limau yang telah ditempah pelanggan sebagai persiapan akhir sebelum menjelang perayaan Tahun Baru Cina ketika tinjauan di Jalan Teluk Pulai hari ini. Harga bagi sepokok limau dijual serendah RM88 sehingga RM288 bergantung kepada saiz buah dan saiz pokok. - Foto Bernama.