MyCC pantau PLUS, Touch ‘n Go bagi pelaksanaan RFID
Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama (Gambar kecil: Iskandar Ismail)
SHAH ALAM - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan memantau pelaksanaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) selaras dengan peranannya dalam memperjuangkan dan mempromosikan persaingan bagi kepentingan semua rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, satu perjumpaan telah diadakan bersama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go Sdn Bhd (Touch ‘n Go) berhubung pelaksanaan RFID di sepanjang Lebuhraya PLUS.
Iklan
Iklan
"Perjumpaan tersebut untuk mendapatkan pemahaman yang lebih lanjut serta perkembangan terkini berhubung pelaksanaan RFID.
"Walaupun inovasi seperti pengenalan RFID dalam sistem kutipan tol ini dialu-alukan, MyCC percaya pelaksanaan sistem itu perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi mencapai objektifnya.
Iklan
"MyCC mengambil maklum mengenai rancangan bagi memastikan peralihan lancar kepada RFID untuk pengguna lebuhraya dan kerjasama antara PLUS dan Touch ‘n Go dalam sistem kutipan tol,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iskandar berkata, memandangkan terdapat peningkatan aduan pengguna mengenai isu berkaitan pelaksanaan RFID di seluruh Lebuhraya PLUS, MyCC turut berkongsi penilaian dan kembimbangannya dalam mesyuarat yang sama.
Iklan
Tambahnya, ia mengenai pelaksanaan tersebut termasuk memberikan akses kepada platform pembayaran lain untuk pembayaran tol bukan sahaja melalui kad debit atau kad kredit tetapi juga sistem e-wallet yang lain.
"Dengan mengambil kira tanggungjawab khas yang ada pada kedua-dua perusahaan dominan ini dalam pasaran-pasaran relevan, MyCC akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.
"Dan apabila sebarang isu persaingan telah dikenal pasti, Akta Persaingan 2010 akan dikuatkuasakan serta diingatkan bahawa pasaran berkaitan inovasi boleh mewujudkan ketidakpastian.
"MyCC akan bekerjasama rapat dengan kerajaan dalam memastikan perubahan ini sentiasa memberi manfaat terbaik kepada semua pengguna,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>