FULHAM menjadi kelab Inggeris pertama yang menjaringkan enam gol atau lebih dalam tiga perlawanan berturut-turut ketika The Cottagers membelasah Birmingham City 6-2 pada Selasa.
Aksi di Craven Cottage itu menyaksikan Fabio Carvalho menjaringkan dua gol untuk pendahulu Liga Kejuaraan mendahului 4-1 pada separuh masa pertama manakala Neeskens Kebano, Tom Cairney dan Antonee Robinson turut menjaringkan gol.
Iklan
Iklan
Terdahulu gawang Birmingham mula bolos hasil jaringan sendiri pemain pelawat Mark Roberts pada minit ke-10.
Kemenangan ke-16 liga itu menyaksikan skuad kendalian Marco Silva tersebut mengumpul 54 mata selepas mengharungi 26 perlawanan.
Fulham sebelum itu menewaskan Bristol City 6-2 di Craven Cottage pada Sabtu selepas membelasah Reading 7-0 di Select Car Leasing.
Untuk rekod, kelab Inggeris terakhir yang mencipta kejayaan itu ialah Chester City pada musim 1933/34.
Artikel Berkaitan