PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ketika beliau menjadi anggota pembangkang dan pelantikan itu mematuhi manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata gabungan itu tidak boleh menghalang hasrat Kiandee untuk menyertai parti pemerintah Bersatu, semalam.