SMK Sulaiman ditutup seminggu, 19 pelajar positif Covid-19
Iklan
BENTONG - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman di sini ditutup selama seminggu selepas penularan Covid-19 di sekolah berkenaan.
Dalam notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bentong, sekolah tersebut ditutup mulai 19 Januari hingga 25 Januari bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.