MAFI nafi ramai VVIP positif Covid-19
Iklan
PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menafikan dakwaan bahawa ramai kumpulan orang kenamaan (VVIP) di kementeriannya positif Covid-19.
Menerusi laman Facebook, MAFI menjelaskan sehingga kini tiada VVIP di kementerian itu positif Covid-19 malah pihak itu sentiasa menjalankan pemantauan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.