Polis siasat laporan wanita diganggu secara seksual oleh ADUN
Iklan
JOHOR BAHRU - Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira 11.30 pagi tadi.