Kes Covid-19 dijangka meningkat ketika Tahun Baharu Cina, Thaipusam
Iklan
SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Jumlah kes harian Covid-19 di Malaysia berkemungkinan meningkat menjelang dua sambutan perayaan utama iaitu Thaipusam dan Tahun Baharu Cina jika orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan orang ramai agar kekal mematuhi SOP khususnya pemakaian pelitup muka di samping mengamalkan TRIIS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan, menjalani kuarantin, memaklumkan pada kontak rapat jika positif dan mendapatkan rawatan segera).