DAP bimbang PH 'terpelanting' PRU15, kata penganalisis
Iklan
Awang Azman
SHAH ALAM - Tekanan DAP terhadap kerjasama UMNO dan Pas sehingga mendakwa Malaysia akan menjadi seperti negara Taliban hanya kebimbangan DAP terhadap kerusi PH yang mungkin ‘terpelanting’ pada PRU akan datang.
Penganalisis sosiopolitik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kebimbangan itu timbul hanya sebagai persepsi umum yang menjadi ancaman politik kepada PH.
Iklan
Iklan
"Tidak berasas kebimbangan Malaysia akan menjadi seperti negara Taliban sekiranya Pas dan UMNO memerintah negara nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: PH takut kerjasama Pas-UMNO: Iskandar
Iklan
"Mereka juga bimbang kekuatan kerjasama politik itu (UMNO-Pas) akan menyebabkan pasti komponen dalam PH akan terpinggir,” katanya kepada Sinar Harian.
Pandangan ini susulan kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming yang mengatakan Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang dikuasai Taliban jika UMNO dan Pas berjaya membentuk kerajaan dan memerintah negara ini.
Iklan
Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, sekiranya Pas mentadbir negara juga, tidak mungkin parti itu akan menindas kaum lain di negara ini.
"Pas bila berkuasa di dalam negara Malaysia yang majmuk ini, sudah pasti mereka akan ambil kira kepelbagaian kaum, etnik dan agama yang ada di sini.
"Sikap toleransi itu sentiasa diutamakan bagi menghormati semasa sendiri. Contohnya di Kelantan dan Terengganu yang diperintah oleh Pas, tiada isu menindas orang bukan Islam berlaku sepanjang pemerintahan mereka,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes mahkamah tidak ganggu persiapan Akmal hadapi PRN"><meta itemprop="description" content="Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak terjejas bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh walaupun berdepan kes mahkamah yang masih belum selesai selepas menunggu selama setahun.
Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tempoh setahun berdepan situasi itu menjadikan dirinya lebih bersedia daripada segi mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sama ada dapat meneruskan hasrat mempertahankan kerusi yang disandang pada PRN akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801980/berita/politik/kes-mahkamah-tidak-ganggu-persiapan-akmal-hadapi-prn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T03:57:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gNiyU1gti-eB40mB-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbr84da"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbr84da"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbr84da"></script>