Kerajaan Terengganu simpati, sedih

Iklan
AHMAD SAMSURI

BESUT – Rakyat Terengganu sedih dengan tragedi tembakan rambang masjid di Christchurch yang menyebabkan puluhan nyawa terkorban.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokthar berkata, kejadian tersebut kemungkinan dilakukan oleh individu yang mempunyai fahaman fanatik ektsrim.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri bersimpati dan sedih dengan apa yang berlaku sekali gus meminta kerajaan New Zealand mengambil langkah tegas untuk halang kejadian seumpama itu berlarutan,

"Perlu ambil langkah tegas untuk halang perkara ini menjadi wabak termasuk oleh kerajaan Australia yang terletak berhampiran,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan geran kepada penerima tanah di Pantai Air Tawar di sini lewat petang ini.

Ahmad Samsuri berkata, rakyat perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dengan mengelak ketegangan antara kaum.

Iklan

Menurutnya, semua pihak perlu menjaga sensitiviti kaum dan agama serta tidak ada mana-mana pihak yang menekan pihak lain.

"Naluri manusia ada tindakan balas terhadap perkara rasis maka jauhan perkara sensitif,” katanya.