Sampah Di Pantai

Iklan
Sampah sarap yang terdampar di tepi pantai yang berikutan ombak besar menunjukkan sikap segelintir individu tidak bertanggungjawab membuangnya ke dalam laut dan sungai semasa tinjauan di Pantai Teluk Ketapang di sini.

Tindakan sedemikian mengundang bahaya kepada hidupan laut seperti penyu yang akan makan plastik kerana menyangka adalah obor obor.

Semalam Bernama melaporkan seekor anak Penyu Agar ditemukan mati akibat termakan plastik di Pantai Pulau Kerengga di Marang.

Justeru masyarakat di negara ini diingatkan agar bersama-sama menjaga kebersihan pantai sekaligus memastikan kelestarian hidupan laut seperti penyu yang kini hampir pupus. - Foto Bernama.