Tiada pelajar Malaysia terlibat insiden tembakan rambang

Iklan

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan melalui Education Malaysia Australia mengesahkan tiada pelajar negara ini di Christchurch, New Zealand terlibat dalam insiden tembakan rambang di masjid ketika solat Jumaat.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, ketika kejadian berlaku, kebanyakan pelajar berada di universiti masing-masing.

Iklan
Iklan

"Terdapat dua universiti di Christchurch yang mempunyai pelajar Malaysia iaitu Canterbury University dan Lincoln University.

"Pihak Education Malaysia Australia telah berhubung dengan wakil pelajar Malaysia di kedua-dua universti berkenaan dan mengesahkan jumlah pelajar Malaysia di Canterbury University seramai 270 orang, manakala di Lincoln University seramai 33 orang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Beliau menasihati pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sekitar Christchurch serta bandar-bandar lain di negara itu untuk menjaga keselamatan.

"Sentiasa mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Maszlee turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan kejam individu yang menyerang orang Islam dalam Masjid di bandar itu.