Menjala Siput Sedut

Iklan

Zulkifli Ismail, 52, menebar jala untuk mencari siput sedut di Sungai Pasir Hor atau turut dikenali sebagai Lubok Mulong dalam kalangan masyarakat setempat, di Kota Bharu.

Menurutnya teknik menjala untuk mencari siput sedut amat sesuai dilakukan kerana lokasi itu memiliki dasar sungai yang rata, malah musim banjir yang berakhir awal bulan ini menyebabkan paras air sungai semakin surut sekaligus memudahkan proses mencari dilakukan.

Iklan
Iklan

Zulkifli yang tinggal di Kampung Kenali, Kubang Kerian berkata setiap hari dia mampu memperolehi sekitar 10 hingga 12 kilogram siput sedut menerusi kaedah menjala, semua hasil yang diperolehi akan dijual di pasar sekitar Kota Bharu. - Foto Bernama