Kementerian Pertahanan tunggu laporan penuh

Iklan
Mohamad Sabu - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan Malaysia sedang menunggu laporan penuh daripada Pejabat Penasihat Pertahanan (PPP) Malaysia di New Zealand berhubung kejadian tembakan di sekitar masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam berkenaan, menterinya, Mohamad Sabu berkata, kementerian sedia bekerjasama dengan Kementerian Luar Malaysia dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana, terus terjamin.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun percaya kerajaan New Zealand pada masa ini akan terus memastikan keselamatan orang awam di negaranya sentiasa terjamin, selain mengambil tindakan sewajarnya terhadap penjenayah terlibat.

"Saya amat bersimpati dan berharap keluarga mangsa dan masyarakat Christchurch tabah menerima ujian dan menyeru agar masyarakat dunia bersama-sama mengutuk jenayah ini yang tidak boleh diterima sama sekali oleh akal yang waras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Media hari ini melaporkan kejadian tembakan di dua masjid di Christchurch dipercayai menyebabkan sekurang-kurangnya 49 maut setakat ini, manakala dua orang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam kejadian berkenaan. - Bernama