UiTM Vendetta harumkan nama Malaysia

Iklan

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) Vendetta terus membuktikan status sebagai pasukan e-sukan yang perlu digeruni apabila mengharumkan nama Malaysia setelah menjuarai edisi pertama Cyberathlete Collegiate Mobile Legends.

Pada perlawanan akhir Vendetta menjinakkan wakil Indonesia, Gunadarma dengan kemenangan bergaya 3-0.

Iklan
Iklan

UiTM Vendetta diwakili Muhammad Nabil Japri, Muhammad Badrun Ahmad Puad, Danish Haziq Azrul Yussaini, Akmal Hakim Mohd Hisham, Muhammad Zafri Che Moh Zulkifli dan Muhammad Zulhafiz Md Yusuf.

Kejayaan itu membolehkan Vendetta membawa pulang RM20,000 sekali gus meneruskan momentum positif di Varsity Esport Uni-League 2021 sebelum ini.

Iklan

Pada kejuaraan yang berlangsung pada Disember lalu itu, Vendetta muncul juara dalam acara Mobile Legend.

Kemenangan itu juga mencerahkan peluang Vendetta dalam pemburuan hadiah terkumpul AS$250,000 (RM1.05 juta) apabila layak ke Grand Final pada Disember depan.

Iklan