Dua beradik antara enam lelaki didakwa bunuh pemandu e-hailing
Iklan
KUALA LUMPUR - Enam lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh pemandu e-hailing di tempat letak kenderaan bahagian belakang sebuah kelab di Kepong, pada 28 Disember lepas.
Teng Cheng Heng, 22, Chew Jun Seng, 22, Yohannes Isaac Anak Luwang, 21, Won Kok Wei, 20, serta dua beradik iaitu Ng Zhang Jing, 24, dan Ng Zhang Le, 20, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.