[VIDEO] Polis cari 'Botak' kes pukul lelaki
Iklan
IPOH - Polis mengesan individu disyaki terbabit dalam kejadian mencederakan seorang lelaki dengan senjata di sebuah rumah di Kampung Che Zainal, Chemor di sini yang tular di laman sosial sejak Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian seorang mangsa berusia 44 tahun dipercayai dipukul oleh rakannya yang dikenali sebagai 'Botak'.