ATM bantu pelajar

Iklan

Bot tempur milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyusuri Sungai Triang membawa pergi dan balik para pelajar yang memulakan sesi pembelajaran bermula hari ini di tiga sekolah berdekatan ekoran laluan utama ke sekolah berkenaan terletak di Kampung Jerang terputus hubungan akibat dibadai banjir besar yang melanda baru-baru ini.

Negeri Sembilan antara negeri di bawah kumpulan B yang memulakan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 selain Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Iklan
Iklan

Seramai 194,345 pelajar memulakan sesi persekolahan hari ini merangkumi 107,522 murid di 352 Sekolah Kebangsaan (SK) manakala 86,823 pelajar di 126 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).