78.5 peratus populasi negara lengkap divaksin
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 78.5 peratus populasi negara atau 25,647,708 individu telah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19 setakat Ahad manakala sehingga tempoh sama penerima dos penggalak meningkat kepada 23.9 peratus bersamaan 7,809,058 individu.
Berdasarkan data laman web CovidNow, daripada jumlah keseluruhan individu lengkap divaksinasi berkenaan, seramai 22,881,770 merupakan populasi dewasa dan selebihnya sebanyak 2,765,938 adalah golongan remaja.