KUALA LUMPUR - Seramai 55 individu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr Ismail di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya melaksanakan serbuan di sebuah premis rumah kedai berkenaan pada jam 10.50 malam.