Lelaki maut motosikal ditunggang langgar tiang
Iklan
Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar tiang di Kampung Penderas, Slim River, Tanjung Malim pada Sabtu.
TANJUNG MALIM - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar tiang di Kampung Penderas, Slim River, di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh.
"Keadaan itu menyebabkan mangsa terbabas lalu melanggar tiang di kiri jalan dan cedera di kepala.
Iklan
"Mangsa yang disahkan meninggal di lokasi kemalangan dibawa ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>