Dakwaan dilantik Menteri Kewangan hanya khabar angin: Ahmad Maslan
Iklan
PONTIAN - Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dakwaan yang menyatakan beliau akan dilantik sebagai Menteri Kewangan hanya sebagai khabar angin.
Setiausaha Agung UMNO itu berkata, kuasa untuk melantik atau membuat rombakan kabinet terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.