Emas dijangka diniagakan rendah minggu depan
Iklan
KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan, menjejaki prestasi yang sama di penanda aras pasaran niaga hadapan emas COMEX Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Muhammad Fawwaz Zakaria berkata, pada minggu lepas, dagangan logam berharga itu di COMEX merosot kepada paras terendah dalam tempoh satu minggu pada Khamis berikutan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Disember menunjukkan kenaikan kadar faedah yang lebih cepat, meningkatkan dolar AS dan hasil perbendaharaan.