Empat pusat pengumpulan al-Quran rosak akibat banjir dibuka

Iklan
Mohd Zaidi

SEREMBAN - Sebanyak empat pusat pengumpulan al-Quran dibuka di Negeri Sembilan bagi mengumpulkan naskhah al-Quran yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, empat pusat berkenaan ialah Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Rembau, Jelebu, Kuala Pilah dan Port Dickson.

Iklan
Iklan

"Ia bertujuan menjaga kesucian dan memelihara kemuliaan al-Quran sebelum ia dilupuskan mengikut tatacara pelupusan yang ditetapkan.

"Justeru, orang ramai khususnya umat Islam yang mahu menyerahkan al-Quran boleh menghubungi pejabat agama berkenaan untuk maklumat lanjut. Ia akan dikendalikan pegawai kami yang bertugas," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Iklan

Mohd Zaidi berkata, pihaknya mengakui banjir yang berlaku baru-baru ini mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan harta benda termasuk naskhah al-Quran di masjid, surau, sekolah dan rumah persendirian.

" Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan supaya mengeringkan al-Quran itu terlebih dahulu sebelum diserahkan di pusat pengumpulan.

Iklan

"Al-Quran ini akan dilupuskan mengikut kaedah yang menepati hukum syarak bagi memastikan kemuliaannya," jelas beliau.