Pemandu teksi dituduh rogol anak

Iklan
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa enam pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak sendiri di Mahkamah Sesyen, hari ini.

MELAKA TENGAH - Seorang pemandu teksi didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas enam pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya yang berusia 14 tahun sejak lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 52 tahun itu mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Iklan
Iklan

Berdasarkan empat pertuduhan, tertuduh didakwa menyentuh kemaluan dan memasukkan jari ke dubur anak perempuannya sebanyak empat kali sejak mangsa berumur enam tahun.

Dia turut berdepan dua pertuduhan kerana merogol mangsa sebanyak dua kali ketika berumur 11 tahun termasuk pada cuti perayaan Tahun Baru Cina lalu.

Iklan

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Semabok Jaya sejak November 2011 hingga Februari 2019.

Di didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun serta sebatan.

Iklan

Bagi pertuduhan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh memandangkan usia mangsa masih kecil selain tinggal serumah dengan tertuduh selain bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa serta saksi.

"Namun saya meminta jaminan diberikan sebanyak RM30,000 serta syarat tambahan jika mahkamah mahu berbuat demikian," katanya.

Elesabet kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 18 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.