Korea Utara: Ujian peluru berpandu hipersonik berjaya

Iklan
Korea Utara berjaya menguji peluru berpandu hipersonik. - Foto KCNA/ Reuters

PYONGYANG - Korea Utara berjaya menguji peluru berpandu hipersonik, lapor Xinhua, memetik laporan rasmi Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Khamis.

Akademi Sains Pertahanan melancarkan peluru berpandu itu pada Rabu, dan bergerak lateral sejauh 120 kilometer (km) sebelum mengenai sasaran sejauh 700 km dengan tepat, membuktikan kemampuan sistem bahan api baharu, menurut laporan itu.

Iklan
Iklan

Ia merupakan ujian peluru berpandu hipersonik kedua yang disahkan Korea Utara selepas melancarkan Hwasong-8 pada September.

"Kejayaan berturut-turut dalam ujian pelancaran peluru berpandu hipersonik mempunyai kepentingan strategik kerana ia mempercepatkan tugas dalam pemodenan sistem bersenjata negara," tambahnya.

Iklan

Keandalan sistem bahan api ketika musim sejuk juga telah disahkan, kata laporan itu. - Bernama

Iklan