Peminat doa Rossa cepat sembuh

Iklan
Rossa FOTO: Instagram Rossa

PENYANYI popular Indonesia, Datuk Sri Rossa dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan ketika berada di Singapura.

Menerusi laman Instagram, Rossa berkongsi sekeping gambarnya di katil hospital yang sedang menerima rawatan.

Iklan
Iklan

Pelantun Ayat-Ayat Cinta itu mengucapkan terima kasih atas keprihatinan para peminatnya, selain memohon untuk berehat seketika.

"Makasih doanya semua.maaf gak bisa reply satu-satu. Aku istirahat bentar ya, insya-ALLAH cepat kembali beraktifitas,” tulisnya sebagai kapsyen.

Iklan
Rossa FOTO: Instagram Rossa

Meski Rossa tidak menyatakan tentang penyakit atau punca dirinya dimasukkan ke hospital, ramai peminat dan para pengikutnya menunjukkan tanda sokongan selain mendoakan agar penyanyi ini segera sembuh.

Ruangan komen posting tersebut dihujani lebih 5,000 komen termasuklah daripada Datuk Sri Si Nurhaliza.

Iklan

"Get Well Soon my dear @itsrosaa910,” tulis Siti.

Tidak ketinggalan beberapa selebriti lain seperti Anuar Zain, Afgan, Krisdayanti, Chakra Khan dan ramai lagi.

Sebelum itu, Rossa kelihatan begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan kerjata seninya menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram miliknya.