KOTA KINABALU - Satu kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kem Bina Ranau direkodkan di Sabah hari ini, berpunca daripada seorang pekerja hotel di Kundasang, Ranau.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks kluster itu membabitkan lelaki tempatan berusia 59 tahun iaitu kakitangan hotel yang dikesan positif melalui saringan bergejala di Hospital Ranau pada 23 Disember lepas.