Kelantan bebas varian Omicron

Iklan
Dr Zaini Husin

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan tiada lagi kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron dikesan berlaku di negeri ini.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin bagaimanapun berkata, kes Covid-19 dan kadar kebolehjangkitan di negeri ini masih lagi tinggi.

Iklan
Iklan

"Walaupun Kelantan sudah beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin, namun itu bukan tiket untuk kita merasa bebas.

"Harus diingatkan bahawa kita masih belum menang dalam melawan Covid-19," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, jika rakyat terus leka dibuai dengan situasi Fasa Empat PPN tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkemungkinan besar jangkitan kes akan kembali melonjak.

Beliau berkata, Fasa Empat PPN sebenarnya menuntut kepada pematuhan kendiri yang lebih tinggi dalam memutuskan rantaian jangkitan.

Iklan

Justeru, Dr Zaini menasihatkan penduduk di negeri ini agar kekal patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti menjaga penjarakan fizikal; memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan dan elak mengunjungi tempat-tempat sesak

Mengulas mengenai pengurusan dan pematuhan SOP di PPS sepanjang tempoh banjir, Dr Zaini berkata, perkara itu berada pada tahap memuaskan.

"Tambahan banjir yang berlaku baru-baru ini bukan dalam skala besar," jelasnya.