JOHOR BAHRU - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor membantu memindahkan seorang mangsa banjir yang positif Covid-19 dari rumahnya di Felda Palong Timur, Batu Anam, Segamat untuk dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) pada Ahad.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, pihak APM mendapat maklumat dan arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Segamat untuk membawa wanita berusia 40-an itu ke HDS pada sebelah pagi.