97.7 peratus populasi dewasa negara lengkap divaksin
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,859,803 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Sabtu.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,151,949 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.