THAILAND mengesahkan status Raja Bola Sepak Asia Tenggara buat kali keenam apabila menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir dengan agregat 6-2 setelah terikat 2-2 dalam aksi kedua di Stadium Nasional, Singapura malam ini.
Skuad Gajah Perang yang tampil dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas skuad Garuda dalam perlawanan akhir pertama di venue sama sebelum ini bagaimanapun terlebih dulu dikejutkan menerusi jaringan Ricky Kambuaya seawal minit ketujuh.