Raja Bahrin, kenapa terlalu sensitif: Ahmad Fadhli

Iklan
Ahmad Fadhli Shaari
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoal kenyataan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mempertikaikan keprihatinan parti Islam itu terhadap pendedahan skandal dana Tabung Haji (TH).
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Naib Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan Raja Bahrin terlalu sensitif dengan kenyataan Pas agar satu siasatan telus perlu dilaksanakan kerajaan dalam siasatan skandal tersebut.
"Kenapa timbalan menteri juga senator dari Terengganu ini sangat sensitif dengan kenyataan Pas agar kerajaan telus dalam menyiasat isu TH?
"Soal balas dendam, bukan hanya Pas yang memberikan ingatan, Lim Kit Siang juga memberikan ingatan yang sama, adakah Lim Kit Siang menerima dedak Umno?,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.
Pada masa sana, beliau turut menegaskan bahawa Pas sentiasa bersikap adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak terhadap isu-isu tuduhan yang timbul.
"Pas sentiasa adil dalam isu-isu tuduhan seperti ini, bahkan dalam isu banglo Menteri Kewangan, bagi Pas, beliau tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah,” katanya.
Hari ini, dalam satu kenyataan, Raja Bahrin menegaskan tidak timbul langsung isu balas dendam seperti yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan Nasrudin dalam pendedahan skandal dana TH.
Beliau turut menjelaskan bahawa pihak yang membuat laporan polis adalah pegawai-pegawai baru yang mengambil alih pengurusan TH.
"Jika tiada laporan dibuat, merekalah yang akan dipersalahkan atas apa jua salah tadbir atau salah guna kuasa kemudian hari.
"Untuk melindungi diri daripada tuduhan salah laku, selepas mengaudit kewangan TH mengikut peraturan mereka mestilah membuat laporan apa jua kesalahan yang dikesan. Ini juga prosedur yang diperlukan untuk laporan kepada SPRM jika diperlukan,” ujarnya.