Aksi Newcastle United-Southampton ditangguh
Iklan
PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United menentang Southampton di Stadium St Mary's pada Ahad ditangguhkan berikutan penularan kes Covid-19 dan kecederaan dalam skuad The Magpies, liga mengumumkan pada Jumaat sekali gus menyaksikan ia perlawanan liga ke-18 yang ditangguhkan bulan ini.
"Lembaga menerima permohonan penangguhan itu kerana kelab Newcastle tidak mempunyai jumlah pemain yang diperlukan untuk perlawanan itu (13 pemain luar padang dan seorang penjaga gol)," kata liga itu dalam satu kenyataan.