[VIDEO] Lelaki dijel 6 tahun, 2 sebatan cabul budak perempuan

Iklan
Aminor Haizad (tengah) dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat.

IPOH - Perbuatan keji seorang lelaki yang mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, minggu lalu mendapat balasan apabila dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat.

Hakim Norita Mohd Ardani menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, Aminor Haizad Mazlan, 38, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Iklan
Iklan

Norita turut memerintahkan agar tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Mengikut pertuduhan, Aminor Haizad yang bekerja sebagai buruh didakwa telah melakukan cabul dengan menyentuh kemaluan mangsa yang berusia empat tahun di belakang sebuah rumah di Kampung Chulek Gopeng dalam daerah Kampar sekitar jam 9 malam pada 25 Disember lalu.

Iklan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amanina Zulkefli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Berdasarkan fakta kes, siasatan polis mendapati, ketika kejadian, mangsa sedang bermain di tepi rumah sebelum tertuduh memanggilnya ke bahagian belakang rumah lalu memegang badan dan menggosok kemaluan mangsa.

Mangsa yang menangis telah mengadu kejadian itu kepada ibunya yang kemudian tampil membuat laporan polis.