Hampir 23 juta populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,851,542 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Rabu.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,146,049 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.