Warga Felda disaran tubuh MPKK sendiri

Iklan
Dzulkifly

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor mencadangkan warga Felda yang memiliki geran persendirian supaya menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi memudahkan permohonan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk pelaksanaan infrastruktur asas.

Exco Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar, Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan itu Menurutnya, saranan itu berikutan terdapat terdapat sesetengah kawasan Felda tidak dilengkapi dengan kemudahan asas, biar pun kawasan telah dimajukan dengan projek-projek perumahan.

Iklan
Iklan

"Sebagaimana kita tahu urusan untuk menyediakan infrastruktur ini terletak pada Felda namun disebabkan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung kini maka terdapat kekangan untuk mereka lakukan.

"Jadi, di peringkat kerajaan negeri, apa boleh kita bantu ialah menggalakkan penduduk Felda yang memiliki geran persendirian untuk menubuhkan MPKK yang terletak dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya.

Iklan

Dzulkefly (PKR-Kota Iskandar) berkata demikian ketika menjawab soalan Rashidah Ismail (BN-Pasir Raja) pada Sidang Dun Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya penduduk sudah mempunyai Majlis itu, mereka boleh memohon apa juga peruntukan infrastruktur asas daripada kementerian berkenaan.

Iklan

Dalam masa sama, beliau juga menyambut baik saranan Tosrin Jarvanthi (PKR-Bukit Permai) yang mahu satu unit khas ditubuhkan bagi memantau kawasan Felda yang menghadapi masalah itu (kekurangan kemudahan asas).