KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua tempat tertutup dan terbuka bermula Khamis.
Agensi Berita Saudi (SPA) yang memetik sumber Kementerian Dalam Negeri (MoI) Saudi melaporkan keputusan itu dibuat selepas kes harian jangkitan Covid-19 di negara itu kembali melonjak.