Peka desak Akta 313 lindungi khazanah alam dipinda

Iklan
Shariffa Sabrina Syed Akil

KUANTAN – Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mendesak kerajaan supaya meminda dan menambah baik Perlembagaan Persekutuan serta Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) bagi melindungi khazanah alam.

Presidennya, Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, akta itu perlu penyeragaman mengikut keperluan terkini dengan memberi perlindungan adil kepada rakyat dan alam sekitar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, undang-undang dan perlembagaan perlu digubal semula bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan berupaya menjadi pencegahan dengan meningkatkan jumlah denda dan penjara mandatori kepada penjenayah alam.

"Kita juga desak kerajaan gazetkan serta merta keseluruhan Banjaran Titiwangsa sebagai Taman Negara di bawah pengurusan kerajaan Persekutuan dan Perhilitan Persekutuan.

Iklan

"Kita mahu kerajaan membatalkan serta merta semua kelulusan perlombongan yang sedang dan akan beroperasi kerana risiko menyebabkan berlaku bencana alam adalah tinggi.

"Peka tutut mendesak rehabilitasi perhutanan dengan penanaman spesies hutan domestik dengan syarat ketat, selain tidak memperkenalkan spesies asing ke ekosistem tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Beliau juga mahu kerajaan membina dan mengawal selia infrastruktur tebatan banjir yang dapat menampung bencana yang kian serius.

Tambahnya, ini termasuk pengurusan cekap pembersihan sampah di seluruh pengairan longkang dan sungai dengan menaik taraf reka bentuk infrastruktur pengaliran dan saliran.

"Langkah ini perlu diambil bagi menghadapi ancaman perubahan cuaca yang tidak menentu.

"Selain itu, kita minta kerajaan supaya menghentikan pengeluaran kelulusan pembangunan di semua kawasan berisiko tinggi seperti di kawasan tanah tinggi bercerun melebihi 35 darjah dan rizab tebing sungai," katanya.

Shariffa Sabrina turut mencadangkan supaya penguatkuasaan lebih ketat dan efisen dapat dilakukan terhadap semua pencemaran sampah, kumbahan domestik atau komersil, bahan-bahan kimia dan toksik ke dalam ekosistem seperti air, udara dan tanah.

"Sekiranya ada individu atau pihak yang melakukan jenayah alam sekitar, tindakan perundangan lebih ketat dan denda yang tinggi perlu dikenakan," katanya.