Kerosakan Akibat Banjir

Iklan
Mohd Hamizul Jubri, 46, membaik pulih kenderaan yang terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini di bengkelnya ZAS Auto, Dengkil.

Hamizul berkata sehingga kini beliau menerima hampir 10 kereta daripada pemilik di sekitar Dengkil dan Shah Alam.

Mekanik yang telah membuka bengkel sejak empat tahun lepas itu berkata antara masalah yang dihadapi kereta ditenggelami air adalah masalah elektrik, enjin atau ‘gear box’ dan sistem penghawa dingin dimasuki air. - Foto Bernama.