SHAH ALAM - Sebanyak 726 laporan polis diterima berkaitan banjir bagi kawasan Shah Alam, pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan laporan polis yang diterima sebanyak 12,725.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bagi membantu memudahkan mangsa banjir membuat laporan polis berkaitan kerosakan dialami, elemen seperti Balai Polis Bergerak, Mobile Patrol Vehicle (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) diarahkan untuk menerima laporan polis daripada mangsa banjir di lokasi mangsa berada.