Bantuan banjir Selangor Bangkit diagih mulai Rabu

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan mengagihkan bantuan berjumlah RM1,000 mulai Rabu ini kepada keluarga yang terlibat dengan banjir baru-baru ini.

Menter Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan Selangor Bangkit itu akan diagihkan secara berperingkat kepada mangsa kategori pertama iaitu mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diwartakan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bantuan terrsebut kemudian diagihkan kepada mangsa kategori kedua iaitu mereka yang berpindah ke PPS swasta atau persendirian yang belum diwartakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

"Kedua-dua kategori mangsa tersebut tidak memerlukan pendaftaran semula kerana senarai nama dan perincian tersebut telah ada di PPS.

Iklan

"Namun jika mereka mempunyai sebarang kekosongan maklumat lain yang perlu diisi, kita wujudkan pusat sehenti di PPS oleh pegawai dari pejabat daerah untuk membantu proses pendaftaran tersebut," katanya ketika sidang akhbar khas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini pada Isnin.

Amirudin turut menjelaskan bahawa sumbangan tersebut turut diberikan kepada mangsa kategori ketiga iaitu mereka yang terkesan banjir tetapi tidak berpindah atau berpindah selain dari PPS yang diaktifkan.

Iklan

Ujarnya, mangsa golongan tersebut akan didaftarkan oleh pegawai yang bertugas di pusat sehenti di PPS dari rumah ke rumah dan ia akan dilaksanakan mulai 3 Januari nanti.

"Kita juga akan menggerakkan pasukan Pertubuhan Sukarelawan Selangor (Serve) dan pasukan komuniti untuk pergi rumah ke rumah bagi mendapatkan butiran mangsa banjir khususnya selepas 3 Januari nanti," jelas beliau.