Penghantaran cenderahati kini sudah rentas sempadan bersama Grab

Iklan

Petaling Jaya - Pengguna Grab kini boleh hantar hadiah cenderahati ikut permintaan secara segera kepada orang tersayang merentas Malaysia, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand mengguna ciri terbaru aplikasi - keupayaan sampaikan hadiah rentas sempadan. Kaedah menyampai hadiah termaju ini dijana oleh dua ciri baru:

- Antara muka GrabGifts termaju memboleh pengguna hantar baucer GrabGifts kepada orang tersayang di lain-lain bandar raya di Asia Tenggara, dan


- 100+ Cities Delivery (BETA) membolehkan pengguna membuat pesanan dan menghantar makanan serta hadiah fizikal dari GrabFood dan GrabMart rakan peniaga yang terdapat di bandar raya[1] penerima dalam tempoh masa sejam
Inovasi teknologi baru ini meningkatkan keupayaan Grab menyampaikan hadiah cenderahati mengikut permintaan supaya pelanggan boleh berhubung dengan orang tersayang merentas Malaysia dan seberang laut walaupun terdapat kawalan pergerakan.

Iklan
Iklan

Satu kajian di kalangan pengguna Grab di Asia Tenggara mendedahkan, lebih 60 peratus responden menyatakan niat untuk menghantar hadiah ikut permintaan kepada orang tersayang di bandar raya lain.

Trend semasa juga menunjukkan pengguna semakin bergantung kepada perkhidmatan ikut permintaan, demi menyampaikan rasa kasih kepada orang tersayang terutamanya ketika peraturan sekatan perjalanan akibat pandemik sedang dijalankan.

Iklan

Pada dua tahun terakhir ini, Grab mendapati semakin ramai pengguna membeli baucer GrabGifts untuk dihantar sesama mereka, bungkusan hadiah menerusi GrabExpress dan memesan makanan dan cenderahati untuk disampaikan kepada orang tersayang menerusi app Grab.

Menurut Ketua Pemasaran Negara, Grab Malaysia, Hassan Alsagoff, perkembangan ini amat memberangsangkan apabila melihat ramai pengguna mengguna platform Grab sebagai penyelesaian kepada masalah sekatan pergerakan akibat pandemik.

Iklan

"Dengan kebanyakan bermula membeli makanan dan barangan keperluan lain untuk diri sendiri, kemudian bertukar menjadi usaha lazim mengekal keterhubungan antara orang tersayang.

"Disebabkan masih banyak negara yang belum membuka sempadan secara sepenuhnya, kami mahu melakukan lebih banyak untuk orang awam.

"Sesungguhnya kami teruja kerana kini dapat merapatkan hubungan kasih sayang walau jarak berjauhan. Diharap semua pengguna di Asia Tenggara dapat merasakan kehangatan musim perayaan yang bakal menjelang tiba,” jelasnya

Pengalaman baru dalam menyampaikan hadiah merentas sempadan ini akan menepati pelbagai pilihan pengguna sama ada menghantar cenderamata berupa baucer GrabGifts untuk orang tersayang pilih sendiri hadiah masing-masing, atau gembirakan mereka dengan pemberian hadiah jenama kegemaran, makanan atau item hadiah.