Korea Selatan sedih banjir melanda Malaysia
Iklan
KUALA LUMPUR - Korea Selatan turut bersedih dengan kejadian banjir besar baru-baru ini yang telah menyebabkan kerosakan teruk serta korban nyawa di Malaysia.
Perdana Menteri Kim Boo-Kyum dalam surat yang diutus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Boo-Kyum bagi pihak kerajaan dan rakyat Korea Selatan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.