Feri terbakar di Bangladesh, 38 penumpang maut

Iklan
Sekurang-kurangnya 30 terbunuh manakala 100 lagi cedera dalam kejadian feri terbakar pada Jumaat di daerah Jhalokati, Bangladesh. - Foto Reuters

DHAKA - [DIKEMAS KINI] Sekurang-kurangnya 38 terbunuh manakala 100 lagi cedera dalam kejadian feri terbakar pada Jumaat di daerah Jhalokati, Bangladesh.

Timbalan Pesuruhjaya daerah Jhalokati, Md Nazmul Alam berkata, feri itu membawa kira-kira 1,000 penumpang dan dalam perjalanan dari Dhaka ke daerah Barguna.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kebakaran bermula di bahagian enjin kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan.

"Setakat ini 38 mayat telah ditemukan," katanya lapor Xinhua.

Iklan

Beliau berkata, ketika kejadian kebanyakan penumpang sedang tidur dan operasi mencari masih dijalankan untuk mencari mangsa yang dikhuatiri hilang.

"Kami dimaklumkan feri itu membawa kira-kira 1,000 penumpang dan feri itu sudah ditarik ke tebing," katanya.

Iklan

Mangsa yang terselamat memberitahu media tempatan, ramai penumpang terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan diri.

Tiada kematian melibatkan warga asing dan feri itu dilaporkan membawa lebih muatan. - Bernama