Sukarelawan UiTM Perlis bantu mangsa banjir di Selangor
Iklan
Dr Shukor Sanim (lima, kiri) bergambar bersama pelajar dan staf UiTM cawangan Perlis yang menyertai misi sukarelawan ops pasca banjir ke Selangor.
ARAU - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis pada Jumaat memulakan misi membantu ke Selangor.
Rektor, Profesor Madya Ts Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi berkata, misi berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Iklan
Iklan
Beliau turut menyarankan semua sukarelawan bergabung tenaga membantu mangsa banjir yang terkesan di beberapa negeri bagi meringankan beban yang ditanggung akibat kerosakan bencana itu.
"Inilah masa untuk semua sukarelawan menghulurkan bantuan diperlukan sama ada dalam bentuk tenaga, bekalan makanan mahupun bergotong royong membersihkan persekitaran yang terjejas.
Iklan
"Selain membantu mangsa banjir, misi ini bertujuan menggalakkan sukarelawan untuk tolong-menolong antara satu sama lain biarpun dari negeri yang tidak terjejas,” katanya selepas majlis pelepasan misi bantuan UiTM cawangan Perlis untuk menyertai misi sukarelawan ops pasca banjir di Anjung Siswa di sini pada Jumaat.
Hadir sama, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dr Ahmad Nizan Mat Noor.
Iklan
Dr Shukor Sanim berkata, seramai 50 pelajar dan 20 staf UiTM cawangan Perlis menyertai misi terbabit dengan menaiki kenderaan milik UiTM.
"Misi berkenaan turut membawa pelbagai jenis barang keperluan harian yang disumbangkan oleh staf dan orang ramai untuk diberikan kepada mangsa banjir di sana,” katanya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>