Celcom pulihkan perkhidmatan rangkaian terjejas banjir secepat mungkin

Iklan
Celcom berusaha pulihkan perkhidmatan rangkaian yang terjejas banjir secepat mungkin.

SHAH ALAM – Celcom Axiata Berhad (Celcom) menyediakan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas banjir dengan berusaha menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan rangkaian yang terjejas secepat mungkin.

Menurut Celcom, ia termasuk meningkatkan sokongan ketersambungan di pusat pemindahan banjir di samping menyediakan keperluan dan bekalan makanan kepada mangsa banjir.

Iklan
Iklan

Jelasnya, pasukan rangkaian Celcom telah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak awal dan memantau dengan teliti operasi rangkaiannya seterusnya bertindak balas dengan pantas dan meminimumkan kesan ke atas perkhidmatan rangkaian.

"Banjir telah menjejaskan lebih 100 tapak rangkaian di seluruh negara. Disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik, paras air yang tinggi di beberapa kawasan dan keadaan jalan yang teruk telah menghalang pasukan rangkaian kami untuk mengakses tapak yang terjejas.

Iklan

"Jurutera kami bersedia untuk memulihkan tapak yang terjejas sebaik sahaja keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jelas Celcom, setakat 12 tengah hari 23 Disember 2021, Celcom telah memulihkan lebih 70 peratus tapak rangkaian terjejas banjir di Lembah Klang.

Iklan

Tambahnya, ia merangkumi 100 peratus pemulihan rangkaian di Hulu Langat, Bestari Jaya, Jeram, Klang, Pelabuhan Klang, Dengkil, Pandan Indah, Seksyen 27 dan Seksyen 35 di Shah Alam.

Celcom berusaha pulihkan perkhidmatan rangkaian yang terjejas banjir secepat mungkin.

Sementara itu, di wilayah Timur dan Selatan, Celcom telah memulihkan lebih daripada 50 peratus tapak rangkaian yang terjejas.

"Pemulihan 100 peratus di Raub, Panching, Bukit Goh, Tanjung Lumpur, Pantai Sepat, Sri Jaya, Chini, Bukit Juntai, Durian Tipus dan Kampung Ngoi-Ngoi.

"Jurutera rangkaian Celcom bekerja tanpa jemu untuk mengakses tapak yang terjejas bagi memastikan perkhidmatan dipulihkan secepat mungkin,” ujarnya.

Di samping itu, Celcom juga meningkatkan liputan sambungannya di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan menggunakan peralatan"cellular-on-wheels”, penyediaan Akses Tanpa Wayar Tetap (FWA) percuma dan pemasangan penggalak isyarat liputan.

Menurutnya, inisiatif ketersambungan yang dipertingkatkan di PPS seluruh negara ini termasuk PPS Ladang Emerald SKJT Kemuning dan PPS Kota Kemuning di Shah Alam, PPS Dewan Orang Ramai Tok Muda di Klang, PPS Balai Raya Kampung Tiram di Pahang dan banyak lagi.

Selain itu, Celcom juga memperuntukkan RM2 juta untuk sokongan bantuan banjir dan bekerjasama dengan Agensi Bantuan Malaysia (MRA) untuk mengagihkan pek makanan, peralatan pembersihan, bekalan perubatan dan keperluan asas kepada komuniti terjejas banjir di seluruh negara.

"Celcom akan memaklumkan dan mengemas kini pelanggan tentang status pemulihan rangkaian terkini dalam kawasan terjejas banjir melalui laman web Twitter, Facebook, Celcom Life App dan Celcom Network Checker Celcom.

"Untuk bantuan atau pertanyaan, pelanggan Celcom juga boleh menghubungi kami melalui WhatsApp di +6019-6861111 atau melalui panggilan di 1111,” katanya.